F

Anak dan doktor gigi



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dah beberapa hari tak dapat update blog....mlm ni baru ada kesempatan itu pun sbb Keysha dan Khadija tidur awal pulak....kepenatan lah tu....dari pagi sampai ke petang berjalan.... tadi pagi bawa Keysha ke Klinik Pergigian untuk buat pemeriksaan gigi. Saja bawa dia ke sana untuk biasakan dirinya dengan "doktor2" kat sana A happy emoticon..... bukan apa rasanya Keysha dah nak masuk 3 tahun, belum sekali pun bawa dia buat pemeriksaan gigi. Tadi punyalah haru....masa namanya di panggil bukan main suka....bila dah masuk bilik jumpa doktor, mulalah air mata turun menderu-deru....haru jugak dibuatnya, Si Khadijah dah tgk kak Lang nya nangis dia pun konvoi sekali nangis.... nak tak nak dah sampai, saya terpaksalah duduk di kerusi tu sekali....so dptlah jugak doktor tu tgk2 giginya....tapi tak dapat buat apa2 sbb si Keysha ni tak nak bagi kerjasama dgn doktornya. Doktor nasihatkan untuk datang 2 minggu lagi....hari ni jadi hari "suaikenal" aje ler......Giggling smiley. Bila doktor bagi  "ole-ole"....ubat gigi dan berus gigi, ambik jugak. Bila dah turun kerusi cepat2 salam doktor dan buka pintu..... terus keluar dah tak toleh2 lagi..... Apa2 pun permulaan yang baik untk mendekatkan Keysha dengan Doktor gigi..... Masa dalam kereta sempat tanya, nak datang lagi tak kat sana, siap geleng2 kepala....Smiley in hysterics


Mungkin ramai ibu bapa yang beranggapan tidak perlu menjaga gigi sewaktu usia masih muda iaitu ketika kanak-kanak ini mempunyai gigi susu.  Sebenarnya anggapan seperti ini adalah salah kerana sepatutnya penjagaan gigi perlu diberikan perhatian ketika kanak-kanak masih di peringkat gigi susu lagi kerana kesihatan mulut memerlukan penjagaan berterusan dari awal. Ibu bapa perlu sedar dan beri galakan kepada anak-anak untuk membersih mulut dan memberus gigi. Dekatkan anak-anak dengan berus dan ubat gigi.

Kebiasaannya anak-anak kecil memang takut dengan doktor gigi. Daripada sudut pandangan kanak-kanak, lawatan ke klinik gigi boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan juga menakutkan. Bagi mereka yang pertama kali bertemu doktor, mereka pasti tidak keruan kerana disuruh berbaring atas kerusi dalam bilik asing yang penuh dengan bunyi dan objek yang tidak dikenali, ditambah dengan orang yang tidak dikenali memasukkan alatan logam dalam mulut mereka. Untuk mengatasinya, ibu bapa perlu berusaha memujuk anak-anak dengan kata-kata lembut, bukannya memaksa mereka terus duduk melakukan rawatan.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan kepada anak-anak agar mereka tidak takut untuk berjumpa doktor gigi.
  • Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun). Untuk menjadikan anak-anak tidak takut  kepada doktor gigi, bawalah anak-anak berjumpa dengan doktor gigi sekerap yang boleh untuk memupuk kemesraan antara anak dan doktor gigi. 
  • Setiap kali ibu bapa datang ke klinik untuk pemeriksaan, bawa sekali anak-anak kerana secara tidak langsung ia dapat mendidik mereka untuk lebih bertanggungjawab daripada segi penjagaan kesihatan gigi. 
  • Jangan menakutkan anak -anak dengan menyatakan rawatan gigi adalah sebagai hukuman kepada mereka yang bersikap agak nakal yang menyebabkan psikologi anak-anak terhadap doktor gigi akan menjadi sebaliknya. 
  • Beritahu anak-anak dengan cara yang lembut tentang peralatan doktor gigi yang selalu digunakan. Maklumkan anak bahawa doktor gigi adalah "kawan" bukan musuh. 
  • Jangan memberitahu hanya kata-kata manis sahaja kepada anak tentang lawatan berjumpa doktor gigi  ini dengan mengatakan semuanya akan baik dan seronok kerana jika kanak-kanak itu memerlukan rawatan, dia mungkin hilang rasa percaya pada ibu bapa dan doktor.
  • Paling penting ialah kehadiran dan sokongan  ibu bapa di sisi anak-anak kerana mereka akan rasa lebih selamat untuk meneruskan rawatan.
  • Bawa anak berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali. 
Pastikan anak-anak terdidik dengan tabiat menjaga kebersihan mulut. Beberapa maklumat yang perlu ibu bapa ambil tahu:-
  • Ajari anak-anak selalu berkumur dan memberus gigi selepas setiap kali makan bagi mengurangkan risiko kerosakan gigi. 
  • Berus gigi setiap kali selepas makan tetapi sekiranya sukar, memadai dengan memberus gigi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. 
  • Pada waktu pagi, digalakkan memberus gigi selepas mengambil sarapan dan bukannya sebelum sarapan kerana tempoh waktu di antara mengambil makanan tengah hari dan waktu sarapan adalah agak panjang. 
  • Ibu bapa jangan meletakkan air yang manis di dalam botol susu ketika memberikan anak-anak mereka minum untuk menidurkan mereka. 
  • Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih berada di dalam mulut mereka kerana ia boleh menyebabkan karies gigi (karies rampan). 
  • Gigi hadapan kanak-kanak akan menjadi hitam dan membusuk akibat karies gigi kerana asid yang diakibatkan oleh air gula yang bertakung semasa mereka tertidur sambil menghisap puting. 
  • Gigi berlapis boleh dibuat rawatan untuk mencantikkannya kembali. Gigi ini timbul akibat kesesakan gigi yang diakibatkan oleh gigi susu yang rosak dengan cepat dan terpaksa dicabut. 
  • Gigi susu akan tanggal dengan sendiri apabila sampai masanya tetapi hasil proses pencabutan gigi susu yang awal akan menyebabkan bahagian berkenaan tidak akan ditumbuhi gigi kekal pada satu jangkamasa. 
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun
0 Responses

Sahabat2ku.......